Followers

Thursday, April 14, 2011

telur tiruan dari china

Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.






Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.


Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.





Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.


Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.






 Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.

Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.




Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.







Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.


Cara mengenal telur tiruan:
  1. Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
  2. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  3. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  4. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  5. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  7. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  8. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  9. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
NOTA KAKI:Jadi langkah pencegahan segera perlu di lakukan sebelum ianya sudah merebak di pasaran dan kita sendiri sudah tidak mampu mengenalpasti yang mana satu betul yang mana satu tiruan.Khabarnya orang di China sana sendiri sudah tidak mampu lagi untuk mengenalpasti langsung telur palsu di pasaran dan sudah bertahun makan telur yang palsu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...