apabila si dara semakin kuat dalam menghadapi hidupnya , si teruna kembali datang mengagih kasihnya
Si dara sangat menyayangi si teruna biarpun si teruna telah banyak melukakan hatinya .
Bukan sekali bukan dua kali si teruna menyakiti hati si dara ,
si dara lemah apabila berhadap dengan si teruna mungkin kerna si dara terlalu menyayangi .
Si dara menerima si teruna kembali untuk memberi peluang kedua kepada si teruna .
Mereka gembira kembali , tetapi kegembiraan mereka tidak lama kerana si teruna masih dengan perangai
lamanya , mungkin kerna si teruna tidak pandai menghargai atau tidak pernah untuk setia .
Si dara tidak mahu berkata apa-apa . mendiamkan diri itu lebih baik .
Ya , si dara sememangnya bodoh . Bodoh kerna sanggup dirinya diperbodoh-bodohkan .
Si teruna memberitahu si dara atas kehilangan handfonnya semasa kemalangan tempoh hari yang
menyebabkan si teruna pengsan seketika .
Si dara tanpa berbicara panjang menyerahkan handfonnya .
Si dara terpaksa di pindahkan ke Kuala lumpur untuk beberapa bulan atas urusan pembelajaran .
Si teruna menghilangkan diri untuk kali yang kedua , dia menyatakan handfon yang si dara berikan itu hilang .
Selama 2 bulan si teruna menghilangkan diri tanpa kabar berita . Si teruna berbohong kepada si dara tentang
kehilangan handfon si dara berikan itu aas sebab apa . si dara tidak dapat mengtahuinya . Alasan yang
diberikan si teruna mahukan ketenangan . Si dara sangat marah , adakah si dara memberikan masalah kepada
si teruna sehinggakan begitu si teruna menipu si dara . Si dara gelak sendirian , penipuan yang sangat hebat .
perlukah si dara percaya ? tak mungkin untuk kali kedua , bukan balasan yang si dara minta, cuma keikhlasan
hati dan cinta sahaja si dara perlukan , si dara sudah pasrah dan mahu pergi jauh dari semua masalah dan
cinta si teruna. Si dara membiarkan si teruna mencari kekasih yang baru ,mungkin kerna si dara bukan yang
terbaik untuknya . Si dara selalu berpesan pada si teruna ,
'jika mahu tinggalkan si dara pergilah tanpa menoleh ke belakang lagi dan jangan ucapkanselamat tinggal kepada si dara . '
Sampai bila-bila si dara tidak akan mempercayai si teruna biarpun si dara masih sayang . .
Selamat tinggal si teruna . .
No comments:
Post a Comment