Followers

Friday, June 17, 2011

Puisi minta kawin lagi


Isteriku ,
Jika engkau bumi, akulah mataharimu.
Aku akan menyinarimu kerana engkau, mengharapkan sinaran dariku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh selama ini, begitu penuh dengan riak gelombang...
Aku pasti akan tetap menyinarimu bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku...
Lantas aku ingat satu hal bahawa, Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet-planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet-planet
lain...
Balasan Puisi sang isteriSuamiku,
Seandai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau memberikan sinaranmu, kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan, kerana mereka juga seperti aku yang memerlukan cahayamu, dan....
aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.....

Bila kau hanya sejengkal lilin yang hanya berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum tentu dapat kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau LILIN?
Atau jangan-jangan...
Hanya cuma, sejengkal mancis saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...