Followers

Thursday, April 28, 2011

Spesies-spesies kawan di atas muka Bumi




* Buaya 
Biasanya kawan buaya ni dia main rembat apa sahaja hak korang. Termasuk awek/pakwe korang pun dia boleh ngap je. Benda-benda kecik macam seluar dalam atau stoking busuk korang pun kalau dah terdesak dia sanggup je pakai.

* katak 
Kalau dapat yang jenis putera katak best la ye. Yang hampeh kalau dapat kawan katak puru. Duduk ngan muka selamba katak huduh dekat ngan kita. Nampak macam takde ambil kesempatan apa pun. Tapi tanpa kita sedar zuuuuuuuuuuuupp dia telan benda-benda berharga sekeliling kita. Ibarat sang katak menangkap lalat yang terbang disekelilingnya, pantas!!!


*Monyet 
Kawan macam ni kira rajin jugak la, kira boleh diharap tapi kadang-kadang segalanya lesap. Maksudnya dia tolong melesapkan barang-barang yang kita suruh dia jaga ke, atau yang dia pinjam memang jangan harap dia nak pulangkan. Anggap sedekah la agaknya ye?

* Siput 

 Agak tertekan jiwa juga dengan kawan macam ni. Mungkin boleh mendatangkan stress pun betul jugak. Segalanya dia buat terkial-kial dan lembab. Suruh hari ni, minggu depan baru nak settle. Entah apa yang dia boleh buat dengan pantas tak tahu la.



* Ular 
Bergantung jugak ular jenis apa. Ada 'anaconda', ada ular sawa batik, ada tedung, ular lidi pun ada juga. macam mana pun 'basic'nya kawan spesies ni adalah membelit dengan lidah bercabang. Sambil belit sambil bermain kata-kata dusta la kiranya. Cukup nerkira dengan kawan-kawan, malah sanggup je 'klepet' demi keuntungan diri sendiri.


 p/s * peesss.. aku penah dapat kawan macam ular ! dia suka cakap simpul-simpul , last-last jerat leher dia sendiri .Bangkai gajah mana boleh sembunyikan .. kan .. Aku tak suka sangat bila kawan aku depan aku baik , belakang aku selalu mengata pasal aku,cermin muka kita dulu sebelum kita nak mengata kat orang. Sangat sedih lor bila terjadi macam ni,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...