Followers

Friday, April 29, 2011

Kegilaan pada novel Karya Ramlee Awang Murshid

Aku terlelapkan mata lepas baca novel Cinta Sufi penulisnya Ramlee Awang Murshid pada pukul 10 malam .Awal kan ! hehehe.Tapi aku memang tabiklah dengan novel Ramlee Awang Murshid , novel dia buatkan aku ada di alam lain. ahak .(^^,) gerun je dengarkan .Novel Ramlee Awang Murshid diselitkan dengan ilmu pengetahuan yang perlu kita tahu.seriously , Aku jatuh cinta pada novel dia .







Novel ni semua bersambungan , Kisah laksamana Sunan pada kurun ke 15.Memang aku layan lah . Laksamana Sunan ni anak sufi yang handal dan mempunyai akhlak dan agama yang cukup tinggi.Aku tunggu sambungan novel ni yang kelima baru keluar masa 4 April 2011 , sedang mencari novel ni.Banyak lagi aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid 

Inilah karya Ramlee yang mengagungkan budaya samurai dan yakuza dari Jepun. Ramlee cuba memperdayakan kita dengan tidak memberikan alasan kukuh bagaimana sang oyabun Yakuza Amikei boleh menerima seorang gaijin berkulit sawo matang dengan mudahnya untuk menjadi anggota yakuza. Konon, kata sang gaijin, Steven Seagal juga pernah jadi Yakuza. Paling penting, sehingga ke akhir cerita, kita tidak pernah dapat tahu bagaimana Ryu-Watanabe boleh terpelanting ke bumi asing Edo, setelah melarikan diri daripada Tanah Melayu setelah merasakan dirinya tidak pernah dirahmati.

Plotholes semakin melebar apabila dengan dengan mudahnya sensei samurai Yamasaki menerima Ryu-Watanabe sebagai anak muridnya setelah Watanabe pernah kurang ajar terhadap Yamasaki. Ramlee sekadar menyebut 'Ryu-Watanabe telah membuktikan kesungguhannya', itu saja.

Ramlee tidak gemar membina karakter watak-wataknya dan mengembangkan plot. Bagaimana hebatnya pasangan Watanabe-Noriko, misalnya tidak pernah diceritakan secara naratif. Ramlee juga banyak bergantung kepada 'kebetulan'. Contohnya Risham yang kononnya menyembunyikan identiti sebenar, boleh pula mengeluh dan terlepas cakap 'Amikei' dan 'Hatiku di Harajuku' di belakang restoran dan kebetulan didengari pula oleh Sabrina.

Ramlee lebih galak melencong dan menghidangkan fakta demi fakta. Ramlee sewajarnya mengelakkan karya ini daripada menjadi sebuah buku panduan pelancong ke Jepun atau satu ensiklopedia lantaran jumlah fakta keterlaluan yang tidak kreatif disusun dan sering dalam bentuk laporan yang kadangkala tidak kena mengena dengan jalan cerita.

Penggunaan dialog dalam Bahasa Jepun yang kemudian diterjemahkan pula membuktikan Ramlee cuba menebalkan isi kandungan tanpa kewajaran. Arena Wati juga pernah menulis dan mempunyai watak-watak bercakap dalam bahasa ibunda mereka (e.g. Bunga dari Kuburan), tapi watak-watak itu dialognya ditulis dalam Bahasa Melayu. Nippongowa taihen amoshiroidesu, Bahasa Jepun sangat menarik, tapi dialog-dialog Jepun dalam buku ini tidak dapat membantu anda dengan tepat untuk mempelajari bahasa Jepun.

'Ulasan dari pembaca novel beliau .tapi komen yang diterima dari blogger lain selepas si pembaca membuat ulasan banyak negatif , menghentam si pengulas novel tersebut. '



Semua ni pernahlah aku baca, semua layan je. Novel-novel kegilaanku !


Novel nie belum sempat aku nak baca lagi .Soiibb..sooibbb. : ( 





Aku tak taulah aktiviti apa yang aku buat sampaikan aku terlelap,nak cakap penat sangat kelas pagi sampai petang tak jugak. Kelas hanya ada pada petang je, pukul 5 sampai ikut suka pensyarah nak habis pukul berapa.sempoikan kolej aku.Datanglah beramai-ramai masuk ke Kolej aku . (sambil berMuka tahap jelek ).Ahak .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...