Followers

Friday, April 22, 2011

Pengadilan di Bumi Allah

dipetik dari facebook ..
Salam....Semalam... aku dengar radio Era.FM... aku tersentuh ngan citer yg dikongsi oleh "mama" seorang pendengar stesyen radio tersebut....  Cerita tentang keterlanjuranya bersama kekasihnya sehinggakan melahirkan seorang bayi...Tiba2..aku merasa sebak dan air mataku bergenang...  terimbas kembali memori aku dahulu.. ceritaku lebih kurang sama gak ngan citer mama cuma endingnya shj yg berbeza...Aku pun pernah mengalami saat2 yg genting spt "mama"..... cuma... gelaran yg layak bg aku ialah  "papa"......
  dulu...aku pernah mnyintai seorang aweq ni... sederhana orgnyer tetapi.... memiliki ciri2 seorang wanita yg aku ingini... aku menyintai dan dicintai...aku disayangi dan menyayangi...aku mengasihi dan dikasihi....indah sungguh diwaktu itu...  cinta kami sungguh agung disaat itu...kerana terlalu kasih,cinta ,sayang...aku cuba untuk memiliki aweq aku tu sepenuhnya walaupun tanpa ikatan perkahwinan...
  krn cinta..aweqku itu cuma menurut walaupun dipermulaannya dia cuba utk mengelak...namun... bisikan syaitan lebih mengatasi segala2nya.... kami menikmati permainan syaitan dengan semahu2 mahunya.... terdapat kekesalan diriak wajah aweqku..tetapi..... aku cuba utk menenangkan dia..lgpun memang niatku untuk mengambil dia menjadi suri hatiku... cintaku tulus terhadapnyer...
  Bermula dengan sekali...kami lanjutkan sehingga berkali2... sayangnya aku terhadap aweqku ini tiada tolok gandingnya...kenikmatan yg aku perolehi..menambah kasih sayang aku terhadap dier...Namun... segala penat lelah kami membuahkan hasil... benih yg aku semai kini telah membesar dan mula bernyawa... aku panik..... aweqku menangis...terbayang wajah mak,abah... adik beradik...saudara mara...datuk dan nenek...aaarrrgghhh!! camner ni????
   Disaat itu plak..aku mendapat tawaran bekerja jauh dr aweqku... setelah janji kusulam... aweq kesayanganku itu kutinggalkan buat sementara waktu... aku berjanji padanya untuk datang menyunting dia utk dijadikan suri di istana ciptaanku...memang berat utk aku meninggalkan dia dlm keadaan dia berbadan dua..tp..aku terpaksa demi masa depan kami berdua dan benih yg dikandungkannya...
     Namun...segala yang tersirat itu tetap akan tersurat... pada suatu petang yg dingin...abahku dtg bertamu di kem tempat aku bertugas... dengan berat..abahku menceritakan tentang kedatangan keluarga aweqku ke rumah membawa cerita tentang kami...abahku mahukan perjelasan dariku... adakah benar seperti yang dinyatakan....Dalam gementar aku mengangguk... perasaan bersalah memang tersinar diwajahku...Abahku merenung tajam anak terunanya itu yg br berumur 19 thn diketika itu... Ada sinar kaget diwajahnya namun cuba dia selindungi...
   Dalam majlis yang sederhana...aku dan aweqku disatukan... Alhamdulillah....akhirnya aku dapat jua mengotakan janjiku yg kusulam dahulu... Walaupun rasa malu menyelubungi aku..namun aku berbangga kerana aku mampu bertanggungjawab diatas setiap yang telah aku lakukan.... Bahtera perkahwinan kami berlayar megah mengharungi badai… Kebahagiaan menjadi milik kami suami isteri…

    Akhirnya..bayi kami dilahirkan.. seorang bayi lelaki dengan berat 2.99 kg..permata  atieku… aku kini seorang bapa… Ya Allah… aku bersyukur kehadratMu…  akan ku pikul tanggujawab seorang bapa dan suami sebaik2nya…
    Namun…. Aku x pasti..kenapa dan bagaimana….  disebabkan  terlalu mengikut  kata atie dan jiwa muda… pergolakkan bermula… aku mula berkawn ngan org2 yg bermasalah… aku mula keluar malam… tanggungjawab terhadap keluarga mula ku abaikan..dan pada kemuncaknya..aku berkawan ngan  musuh masyarakat….dadah… dr sikit2..lama2 dos yg kuambil makin bertambah… aku menjadi seorang pekerja yang bermasaalah di jabatan..akhirnya…aku kehilangan kejer…
     Isteriku pula mengambil alih tugas seorang ketua keluarga..segala pembelanjaan keluarga kuserahkan bulat2 pada isteriku… tiada lain dalam fikiran aku hanyalah keseronokkan… wajah anak yg  mulus itu pun tidak mampu menyedarkan aku… aku semakin hanyut… namun..isteriku tetap berdiri kukuh dibelakangku…cuba  untuk menyedarkan aku… akhirnya aku dibawa berubat dengan pakar perubatan tradisional… ketagihanku semakin berkurangan… Cuma… aku belum mampu lg utk mnyara keluarga kerana lubang pekerjaan sungguh terhad untukku… bkn xder..tp… aku yang memilih kerja… itu silapku…
   Diusia perkahwinan kami menjangkau 2 thn…. Isteriku mengandung lg… aku tetap seperti ini... masih menerima bantuan ubat penahan gian yg ku ambil diklinik melalui  doctor yg disahkan oleh kerajaan..  isteriku pula tidak dpt bekerja lg kerana alahan yg teruk.. aku pula memang memerlukan perbelanjaan sndri utk bekalan ubat penahan gian itu… hidup kami hanya diatas belas ihsan keluarga jer..camner plak aku nk menerima kehadiran org baru di situasi begini???? Dengan persetujuan keluarga… kandungan isteriku digugurkan… Ya Allah..ampunkan kami Ya Allah… diatas keterlanjuran ini…  dengan deraian airmata isteriku bertarung menyelamatkan nyawanya.. singkat sungguh fikiran kami diwaktu itu..sedangkan Allah Maha Berkuasa… namun...... nasi sudah mnjadi bubur...
   Setelah 3 thn berlalu... Allah masih ingin mengurniakan rezeki pd kami suami isteri.. Isteriku ternyata berbadan dua lg.. Namun..kali ini..aku tidak sanggup lg untuk mengulangi kesilapan kami dahulu... walaupun..keadaan kami tidak jauh bezanya dr dahulu... tp...aku tahu..setiap bayi yang dilahirkan telah ada rezeki untuknya... insyaallah... niatku untuk menaikkan taraf hidup keluargaku berkobar2..akhirnya ada seorang kawan menawarkan kerja yg mudah dengan upah yg lumayan pdku... aku terima dengan senang atie tanpa memikirkan risiko yg menunggu aku dikemudian hari.. perbelanjaan keluarga kini dlm tanganku..aku kini boleh berbangga krn sudah mampu mnyara keluarga..
   Akhirnya kedatangan ahli baru dlm keluarga kami disambut dengan kegembiraan.. Isteri.. ku hantar ke rumah ibunya di kg untuk berpantang.. Aku pula tetap setia dengan kerja mudah ku itu kerana masih menerima upah yg lumayan..  Aku menikmati hidup seperti org lain.. Membeli apa sahaja mahuku... berbelanja kwn2 sekerjaku.. aku mulai didekati kerana poketku ternyata tidak pernah surut..

      Namun… Kuasa Allah penentu segala… di suatu petang..semasa berurusan dengan seorang pelanggan,aku ditahan pihak berkuasa..ternyata pekerjaanku ini memang tidak direstui oleh kerajaan mahupun sesiapa sahaja… walaupun aku tidak guna bahan itu utk diriku, tetapi..aku telah mengedarkan untuk digunakan oleh org lain… Natijahnya tetap sama malah makin teruk berbanding andainya aku guna bahan itu utk kegunaan sendiri.. Terbayang wajah isteriku yang sedang berpantang di kg..anak-anakku….ibu..ayah..adik beradikku… aaaaahhhhh!!!! Aku digari sambil diheret kerumah ibu dan bapaku..rumahku digeledah… jiran2 berpandangan dan membuat spekulasi sndri…Ibuku meraung  melihat keadaanku diwaktu itu… aku hanya menundukkan wajah.. rasa malu dan bersalah bersilih ganti…
     Aku direman… dan dibawa kemuka pengadilan.. isteriku yg masih berpantang tetap setia datang menemui aku dihari perbicaraan..Anak2 terpaksa ditinggalkan kerana jarak diantara kg isteriku jauh  dengan tempat tinggal kami.. Isteriku dtg menaiki bas... 2 minggu berada didlm tahanan.. Berkat daya usaha isteri dan keluarga ,aku dilepaskan dengan jaminan .. Sejumlah wang yg besar diperlukan.Namun tetap dapat dikumpul dengan meminjam dengan kenalan keluargaku... Aku bertuah lg...
      Pada suatu malam... setelah usia perkahwinan ku menjangkau 10 thn.... isteriku memberitahuku tentang dirinya yang sntiasa mual2... selera makan berkurang dan cpt merasa letih.. dengan selamba aku mnyuruh dier ke klinik tanpa aku sndri tidak terfikir pun utk menemaninya... Keesokkan harinya.... Ku diberitahu isteriku yang  kami akan menerima org baru lg dlm keluarga kami.Berat hatiku utk menerimanya dan cuba mendesak  isteriku untuk memakan ubat supaya benih yg br nk berputik itu  dpt dihentikan perkembanganya.Kali ini..isteriku berkeras utk menyimpan shj kandungannya ... Dia berjanji utk tidak membebankan aku dlm menyara ank kami yg br nk membesar.. Aku membiarkan walaupun disudut hatiku yg pling dlm terdetik rasa kurang senang dgn kehadiran bayi itu...
        Semasa kandungan isteriku berumur 6 bln.. isteriku ditukarkan berkhidmad di kota.. Aku tidak dpt mengikutinya krn aku sndri sedang menjalani tahanan dalam daerah yang telah dijatuhkan padaku gara-gara  “urine“ku positif  semasa ujian dilakukan di klinik tempat aku mengambil ubat tahan gianku..  Selama setahun kami tinggal berasingan.... Diwaktu tinggal bersendirian menguruskan keperluanku seharian... aku didatangi  bekas aweqku semasa kami bersekolah dulu.. Keindahan “cinta monyet“ dulu terpapar jelas diruang mata.. Bermula dengan pertemuan biasa dilanjutkan pula dengan sms2 yang berbaur kasih dan sayang... Cinta lama beb! Mana leh lupa.... Tp... aku pula yg terlupa pd tanggungjawabku terhadap isteri dan ank2ku... Aku dibuai rasa rindu terhadap bekas aweqku itu..kami bercinta... berkasih...bersayang.... Apabila isteriku menghubungiku krn sudah lama tidak balik mnjenguk ank2..berbagai alasan yg aku berikan...apatah lg..bekas aweqku itu tinggal tidak jauh dr tempat tinggal aku skang...

      Setelah cukup waktunya,isteriku melahirkan seorang puteri yang comel...gembira bukan kepalang krn.. sebelum ini aku sudah punyai dua org putera..lengkap sudah keluargaku..Namun..keasyikkan bercinta dengan bekas aweqku itu melebihi segalanya... setelah 2-3 hari berada disamping keluarga.. punggungku sudah terasa panas.. rasa hatiku spt ingin berlari pulang kekediamanku sndri.. Ingin rasanya aku temui kekasih gelapku itu... rindunya hanya Allah yg tahu..
     Setelah tempoh hukumanku berakhir..tiada alasan lagi untuk aku terus tinggal berasingan.. Aku terpaksa berpindah ke rumah isteriku di kota.Namun..perhubungan cinta sulitku berjalan spt biasa... tetap hangat kasih syg kami...Di luar sedar.. aku tetap dgn kebiasaan aku brmsg dgn kekasih gelapku walaupun di mana sahaja...malah di dlm rumah bersama isteriku,aku tetap mncuri peluang utk menghubungi si buah hatiku itu . Dalam tidak sedar..rupa2nya isteriku menyedari gelagatku yg seolah2 seorg teruna yg sedang dilamun cinta .. Dan ,tanpa sedar rupa2nya isteriku mencari peluang utk menyelidiki tentang perubahan sikapku...
      Allah Maha Agung..... disuatu pg, tanpa sedar handphoneku tertinggal dibawah bantal tidurku... Isteriku tidak melepaskan peluang yg ada... setelah handphoneku didalam genggamannya..segala2nya terburai...Rahsia yg aku sembunyikan selama ini akhirnya sampai jua dipengetahuan isteriku.... Kulihat isteriku tenang walaupun aku tahu... hatinya hancur  ,perasaannya luluh akibat segala tindak tandukku.. Dia menyerahkan handphoneku dengan senyuman dibibirnya sambil dia berkata “ Abang... Allah dh kabulkan segala doa2 Yana“....
    Patutlah... selama 3-4 hr yg lalu..aku sering tersedar di tgh malam melihat isteriku sedang bersolat.. rupa2nya dia telah mengadu kepada Si Pencipta tentang diriku sehinggakan perkara seperti ini terjadi... Bermula hari itu..isteriku menjauhkan diri dariku.. Namun begitu.. dia tetap menguruskan keperluan kami sekeluarga seperti biasa Cuma..tiada lagi gelak ketawa isteriku... Dan aku dapati,isteriku tidak mkn sehingga sehari suntuk..kdg2..sampai 2 hari pun pernah.. aku pasti isteriku xkn mkn diluar krn diwaktu itu adalah dibulan Ramadhan..jadi..waktu mana dia mkn sedangkan masanya hanya dihabiskan di rumah apabila tamatnya waktu bekerja..aku cuma lihat dia meneguk air sejuk shj itupun jarang2...pernah juga aku menyuruhnya mkn..tp.. xder selera alasan yg selalu dia berikan...
    Apabila mlm...aku lihat isteriku selalu termenung... tidur lewat mlm... kdg2..apabila aku tersedar,aku nmpak dia berselimpuh diatas sejadah sambil berdoa..aku sendiri tidak pasti apa yg didoakan itu, tp,airmatanya tidak henti-henti mengalir... kadangkala.. sehingga terhingguk-hingguk badanya menahan tangis.. Hiba hatiku memandangnya.. namun..rasa kasih terhadap kekasih gelapku itu masih belum berkurangan.. Bukan sedikit pengorbanan isteriku itu...  boleh dikatakan ... dialah ketua keluarga kami... tanggungjawanya melebihi dari diriku sndiri dlm  mengharungi  kehidupan seharian...
     Pada suatu pg... isteriku  mahu pengakuan dariku.. dia meminta untuk memilih antara dua.. dia dan ank2 ataupun kekasih gelapku itu… aku memang tidak dapat membuat keputusan… Sumpah… niat aku baik..aku tidak mahu lg menipu isteriku itu..cukup bnyak pengorbanan dia terhadapku..aku sedaya upaya untuk bersikap jujur terhadap pertanyaannya. Isteriku sedikit mendesak.. Akhirnya aku mmberi keputusan.. Dengan perlahan aku nyatakan…. Aku tidak dapat untuk membuat keputusan sekarang... aku tidak mampu untuk membuang salah seorang dr mereka..kasih sayang aku amat kuat untuk keduanya... aku sayang isteriku..aku sayang anak2ku.. Namun..pada waktu yg sama.. aku jua sayang pada kekasih gelapku itu.... Kulihat isteriku sedikit terkejut... mungkin dia tidak sangka jawapan yg keluar dr mulutku itu...
     Dengan perlahan... isteriku berkata... “  Kalau begini jawapan abang.. Yana terima... klau abang tidak mampu untuk membuat keputusan,biarlah Yana yg membuatnya.. Yana akan berdepan dengan keluarga.. Biarkan Yana yang mengundur diri.. tidak guna untuk Yana mengharap pada kasih yang makin menyisih.. Kasih sayang abang terhadap Yana sudah mulai kering... Pernah dulu Yana nyatakan.. walaupun apa sahaja kesalahan abang terhadap Yana, Yana tetap akan maafkan abang..tetapi..klau adanya org ketiga diantara kita, Yana tidak akan dapat menerimanya.. Yana dh wat Solat Ishtihkharah.. minta Allah tunjukan jln mana yang terbaik untuk Yana pilih... dan..  keputusanya begini sudahnya..“  Dengan perlahan dia berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga... aku merasa kelu untuk menahan isteriku pergi... untuk memanggil namanya lagi pun aku tidak mampu.. mulutku umpama terkunci.. Ya Allah...apa yg terjadi pada diriku ini Ya Allah???
     Kini.... aku sndri menjalani kehidupanku... aku mendapat tahu.. isteriku dalam proses menfailkan pembubaran perkahwinan kami.. Isteriku sendiri menyatakan padaku dengan ucapan maaf  diatas setiap apa yang akan dia lakukan nanti... Aku tidak mampu lagi untuk menahanya.. kerana banyak sudah pengorbanan yang dia lakukan untuk aku... kepada para pembaca...jadikan citer ini sebagai sempadan...sayangi setiap apa yang telah anda miliki... kerana..apabila anda kehilangan...sakitnya tiada yang dpt mengubatnya untuk sembuh dlm masa yang singkat.. aku kini hanya menanti dan terus menanti sehingga aku akan dibawa sekali lagi kemuka pengadilan...  Pengadilan di Mahkamah Syariah...........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...