Followers

Thursday, May 19, 2011

masa kecik-kecik dulu.

Setiap benda yang bernyawa mesti akan mati ,
aku punya uncle yang sangat aku sayang. 
Aku panggil uncle aku pak uda umur 20an . 
Pak uda sangat rapat dengan aku .
Masa emak aku lahirkan adik aku yang kedua. 
Pak uda jaga aku masa tu , sebab emak aku kat hospital. 
Aku menangis teresak-esak sebab aku tak pernah berpisah dengan emak & abah aku. 
Setelah 4 tahun barulah aku dapat seorang adik lelaki.

Malam tu pak uda pujuk aku nak tengok wayang . ( Sedangkan masa tu aku tak tau apa itu wayang )
Pak uda belikan semua yang aku mahukan .
 Aku beli semua benda yang mak aku suka larang aku beli & makan sebab emak aku larang aku makan makanan ringan .
Malam tu pak uda teman aku tidur , benda yang pertama aku cari di rumah adalah ais batu .
 Ya ! ais batu , aku sukakan ais batu dan selalu pepah( kunyah) ais batu . 
Pak uda bawakkan semua ais batu yang ada dalam peti sejuk , semuanya untuk aku . 
Sampaikan aku tertidur . pak uda the best lah ! 

Hari pertama ke sekolah rendah , aku naik RXZ dengan pak uda aku , dengan tak pakai helmet ,
 lajunya usah cakap lah .
Mak aku bagikan aku ,70 sen untuk makan di sekolah .

Pak uda    :  Mak bagi kat kak berapa kak ? 
Aku          : Mak bagi 70 sen je pak uda . 

~ pak uda membuka dompetnya berikan pada aku RM2 .Hati aku berbunga-bunga gumbira hati nak je masa tu aku peluk pak uda aku . Aku salam pak uda aku .


....................................................................................................................................................................

Sekarang pak uda aku telah tinggalkan aku dan kami semua masa aku berumur 9 tahun . Pak uda aku kemalangan jalan raya semasa ingin pulang ke kampung  bersama-sama Pak teh aku yang ketika itu mempunyai seorang anak yang berusia 3 bulan . 
Kemalangan itu berlaku di highway pada pukul 3 pagi . Pak teh aku meninggal dunia di tempat kejadian . 
Pak uda aku meninggal di hospital setelah koma sehari di hospital . 
Betapa peritnya Keadaaan keluarga kami masa tu . kehilangan dua insan yang disayangi sekelip mata . 
ALFATIHAH  untuk arwah . Aku sayangkan pak uda aku .Nama arwah pak uda aku Mohd Affendy 







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...