Followers

Thursday, June 23, 2011

Mimpi ular berkepala merah

Suatu petang aku pulang dari Ijok - Taiping dalam 45 minit menaiki motor berseorangan .
Aku tiba di Taiping pada pukul 7.45 malam .

Sudah menjadi kebiasaan aku untuk mengonline kan diri di depan komputer . Aku suka akan berlaman sosial . Aku suka akan membaca blog kesukaan aku yang memberi aku informasi dan membuatkan aku tergelak terbahak-bahak.

Akan tetapi setelah sampai ke rumah , aku tidak membersihkan diri , maka aku terlupa akan semuanya yang perlu aku lakukan . Aku tidur tanpa membasuh kaki atau mandi pada malam itu.

Pada malam itu aku telah mendapat mimpi aku pergi bersiar-siar beramai-ramai di tepi pantai menaiki sebuah bas .Semasa dalam perjalanan pulang , tiga ekor ular telah muncul dan ingin mematuk kami yang berada di dalam bas tersebut .

Dua ekor ular telah dapat dihapuskan dan dibuang di luar bas , Seekor ular laig masih di dalam bas , Di dalam mimpi aku itu , ular yang aku lihat itu berbadan hitam berkepala merah .

Tiba-tiba ular itu muncul berdekatan dengan aku , ular itu ingin mematuk aku , Aku tercengang dan diam . Aku menarik nafas aku dalam-dalam tanpa mengedahkan suasana riuh dalam bas apabila mereka melihat kemunculan ular ingin mematuk aku .

Aku mengucap panjang  , aku redha jika ular itu mahu mematuk aku , Lantas aku membaca ayat kursi . Aku membaca ayat kursi agar aku tenang . Akan tetapi aku lupa akan ayat bacaan ayat kursi barisan kedua akhir. Bacaan aku terhenti di situ , tiba-tiba ada satu suara yang membantu aku , dia menyambung ayat bacaan kursi sehingga tamat dan aku mengikut bacaaan tersebut .

Ular itu hilang . . dan aku terselamat dari dipatuk ular berkepala merah tersebut .

Moral of value : 
basuh kaki sebelum tidur Dan baca doa tidur sebelum tidur .

Tapi bila aku ceritakan pada kawan aku , mereka cakap syaitan nak dekat dengan aku , maybe sebab aku tak mandi lepas tu balik ke rumah time magrib.dan lagi mereka cakap aku ada pendinding kot.AHak. .
( Bila pulak aku pakai pendinding .dinding rumah ada lah. )

dan ada kawan aku yang lain cakap  ada benda buruk yang nak jadi bersangkutkan dengan orang yang baru kita kenal dan dia sedang mahu memusnahkan kita . berapa banyak dan lah .....

Aku dah banyak kali mimpi tentang ular , ular banyak mengelilingi rumah aku , ular kejar aku . Tapi semua ular-ular yang aku mimpi tak pernah patuk aku . Aku rak percaya akan mimpi ,aku hanya tahu , mimpi hanya mainan tidur .

Tapi
-
-
-
-
-
-
-

Sila tinggalkan komen anda tentang mimpi aku .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...