Followers

Friday, December 30, 2011

Hati berkata-kata : Best balik kampung

Keseronokan di kampung tidak mampu aku gambarkan , bila di kampung aku rasa aman sangat, angin tiup sepoi-sepoi bahasa , pokok melambai-lambai .Bau kayu rumah tokyah ,semua tu aku rindu bila mandi air kolah rasa macam tak mau keluar dari bilik air .





Memang rumah tokyah aku tu memang old patten  tapikan , rumah tu yang aku paling rindu .Rumah tu tempat kami bermain dulu ,berkumpul bila raya . So sweet semua tu . Kenangan . Semua tu buatkan aku rindu masa aku kecik-kecik. Masuk sawah padi cari siput sedut ,mandi sungai , malam-malam g melepak tepi titi , lepas tu datangnya adik sepupu yang kecik-kecik datang memanggil cakap makteh panggil balik sekarang.Siap bawak lilin lagi ,berani betoi time tu  (makteh tu my mum) .. lepas tu semua lari menyorok kat atas titi & bawah titi , duk diam-diam dalam gelap gelita .mandi lata yang kat atas bukit orang jarang pegi tu ,ingat lagi time tu p mandi kat situ ,ikan-ikan kat situ siap datang duk dekat lagi ,So sweet ...



yang paling kecik dan comey di depan sekali tu adalah aku .comey ke ? 
comeylah sangat ...hahahhahahaahahaaaa.. kat tangga nie lah kami selalu berkumpul dan bercerita tentang semua benda yang ada . Hot-hot story ka apa ka semua di tangga nie ok .





Baru-baru nie aku balik kampung dengan sepupu aku . Meriah sungguh orang kampung buat gotong royong buat kenduri kat rumah tok teh belakang rumah tokyah aku . Riuh sangat ! Untuk pertama kalinya aku tengok orang masak nasik kukus guna dulang .






Sila percaya ya ! !
 saya menjadi pengapit payung terjun . arrgghh..
 padahal saya ingin menjadi seorang jurugambar . 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...